Penduduk Kampung Sethu diuji banjir dua kali dalam tempoh empat hari

Penduduk Kampung Sethu diuji banjir dua kali dalam tempoh empat hari

Banjir lagi
PENDUDUK membersihkan rumah selepas Kampung Sethu dilanda banjir, di Sungai Jawi. – UTUSAN / DANIAL SAAD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Belum sempat selesai membersihkan rumah selepas dilanda banjir Rabu lalu, penduduk Kampung Sethu, Su­ngai Jawi di sini sekali lagi diuji apabila kediaman mereka dinaiki air susulan hujan lebat berte­rusan sejak petang semalam.

Lebih membimbangkan, air naik dengan cepat sehingga menyebabkan penduduk terpaksa menyelamatkan barangan pen­ting dan membawa ahli keluarga ke tempat lebih selamat bagi me­ngelakkan kejadian tidak diingini.

Seorang penduduk, Nadia Abdullah, 35, berkata, air mula memasuki rumahnya sekitar pukul 9 hingga 10 malam semalam ketika hujan lebat berterusan sejak petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, paras air di da­lam rumah mencecah paras lutut manakala kawasan hadapan kediaman yang lebih rendah di­tenggelami air sehingga paras dada dan leher.

Katanya, kejadian itu menye­babkan dia dan suami bimbang memandangkan mereka mem­pu­nyai empat orang anak ber­usia antara 10 tahun hingga lima bulan, selain ibunya yang turut tinggal bersama mereka.

“Memang cemas apabi­la air naik dengan cepat. Kami sem­pat menyelamatkan barang penting seperti barangan peribadi termasuk pakaian sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

“Anak-anak semuanya mena­ngis kerana mereka tidak pernah mengalami keadaan seperti ini sebelum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Su­ngai Kechil di sini, semalam.

Nadia berkata, banjir kali ini merupakan kejadian kedua yang melanda kampung berke­naan dalam tempoh beberapa hari, malah mereka masih belum selesai membersihkan rumah selepas kejadian Rabu lalu.

Seorang lagi penduduk, Is­ma­­wani Ishak, 53, berkata, air mu­la naik seawal pukul 6 petang sebelum keadaan menjadi semakin buruk sekitar pukul 10 malam apabila paras air mening­kat sehingga ke paras dada di be­berapa kawasan kampung.

Katanya, keadaan arus yang deras turut menyukarkan pen­du­duk untuk keluar dari kawa­san kediaman menyebabkan me­reka terpaksa mendapatkan bantuan termasuk mengguna­kan bot untuk berpindah ke tem­pat selamat.

Sementara itu, Muhamad Au­fa Muiz Ilyas, 15, berkata, paras air ketika dia keluar dari rumah semalam mencecah paras leher le­bih tinggi berbanding kejadian banjir Rabu lalu yang hanya sehingga paras dada.

Dalam perkembangan ber­kaitan, Penolong Pegawai Pem­ba­ngunan Masyarakat Pejabat Ke­bajikan Masyarakat Daerah Se­berang Perai Selatan, Zainal Amin berkata, seramai 95 mang­sa masih berada di PPS setakat pukul 11 pagi ini dan belum di­benarkan pulang ke rumah ma­sing-masing.

Beliau berkata, bekalan ma­ka­nan dan minuman kepada semua mangsa yang ditempatkan di PPS berkenaan telah disediakan bagi memastikan kebajikan mereka terus terpelihara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini