Penduduk lelah banjir kilat berulang sejak dua tahun

Penduduk lelah banjir kilat berulang sejak dua tahun

Banjir berulang
MANGSA banjir membersihkan rumah mereka selepas banjir melanda Taman Taman Felcra Jaya (Fasa 2) Perumahan Generasi ke-2, di Kampung Gajah, Pasir Salak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: “Kami sudah penat menghadap banjir kilat, ini merupakan banjir keempat sejak dua tahun lalu.”

Demikian keluhan penduduk di Taman Felcra Jaya (Fasa 2), Perumahan Generasi ke-2 Kampung Gajah di sini yang dilanda banjir kilat pada 15 November lalu.

Penduduk, Suraimi Osman, 36, berkata, masalah longkang yang sempit dan tersumbat didakwanya menjadi punca banjir kerana air hujan sukar mengalir ke parit berhampiran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini kali keempat banjir sejak tinggal di sini dua tahun lalu. Longkang di kawasan taman terlalu kecil dan tidak dalam menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan cepat sebelum melimpah. Rumah baru dua tahun duduk sudah banjir,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Seorang lagi penduduk, Ishak Iwan, 50, berkata setiap kali hujan dia pasti bimbang dan terpaksa bersiap sedia bagi mengelakkan kerugian harta benda akibat banjir berulang.

“Setiap kali banjir kami terpaksa menanggung kerugian selepas barang rumah rosak ditenggelami air kerana tidak sempat mengalihkannya ke tempat lebih tinggi.

“Lebih teruk lagi kali ini kami terpaksa cuci lumpur di luar dan dalam rumah dan dalam masa sama bimbang banjir berulang lagi kerana air yang memenuhi longkang masih lagi belum surut” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini