PH Plus masih dalam rundingan

PH Plus masih dalam rundingan

ADLY Zahari semasa sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan kepada veteran ATM menerusi Program Peduli Veteran Madani (PVM) Bukit Katil di Bukit Beruang, Melaka hari ini. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Persoalan sama ada Pakatan Harapan (PH) Melaka akan bergerak solo atau menjalin kerjasama melalui PH Plus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH sebelum hari penamaan calon.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, pihaknya masih membuka ruang rundingan dengan pelbagai pihak bagi membentuk kerjasama PH Plus dan tidak menutup pintu untuk mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak yang bersedia membincangkan kemungkinan kerjasama.

“Kita ada pelbagai pihak. Semua pihak yang sedia membuka pintu itu memang kita sentiasa ada wakil-wakil kita untuk melaksanakan rundingan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tapi akhirnya kita akan buat keputusan di Majlis Presiden PH nanti iaitu sebelum hari penamaan calon,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada veteran tentera menerusi Program Peduli Veteran Madani (PVM) Bukit Katil di Bukit Beruang, di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata, pertemuan dengan pelbagai pihak telah diadakan termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), namun keputusan mengenai bentuk kerjasama itu masih perlu dimuktamadkan di peringkat Majlis Presiden PH.

Menurutnya, PH Melaka menghargai kesediaan semua pihak yang membuka ruang perbincangan dan setiap perundingan yang diadakan disertai wakil gabungan berkenaan.

Beliau berkata, perkara itu termasuk sebarang rundingan yang boleh membawa kepada pembentukan kerjasama lebih luas menerusi formula PH Plus.

Sementara itu, Adly berkata, sebanyak RM123.9 juta telah dibelanjakan Kementerian Pertahanan menerusi Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera (JHEV) bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada veteran Angkatan Tentera sehingga Ogos lalu.

Katanya, peruntukan berkenaan memberi manfaat kepada lebih 33,000 veteran, termasuk mereka yang tidak berpencen dan memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan.

Menurutnya, usaha berkenaan merupakan antara inisiatif kerajaan dalam memastikan kebajikan veteran Angkatan Tentera serta balu dan ahli keluarga mereka terus terbela. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×