Tiada laporan dibuat berkait perbelanjaan lebih RM2.1 bilion KKDW

Tiada laporan dibuat berkait perbelanjaan lebih RM2.1 bilion KKDW

ABD. HALIM AMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiada laporan diterima berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan sebanyak RM2.1 bilion oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd. Halim Aman berkata, pihaknya hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media.

“Kita baca melalui media massa sahaja. Belum ada lagi secara rasmi. Jadi saya tidak fikir wajar untuk saya komen.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila perkara itu diadukan secara rasmi kepada pihak kami, sudah tentu pihak kami akan masuk (menyiasat),” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-59 SPRM dan Perhimpunan Bulanan SPRM di sini hari ini.

Semalam, Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa SPRM mengambil tindakan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan sebanyak RM2.1 bilion oleh KKDW.

Guan Eng mendakwa, berdasarkan perangkaan Kementerian Kewangan (MoF), KKDW membelanjakan RM1.8 bilion pada 2023 berbanding peruntukan diluluskan RM1.1 bilion, RM2 bilion pada 2024 berbanding RM1.3 bilion dan RM2.3 bilion pada 2025 berbanding peruntukan RM1.6 bilion.

Menurutnya, jumlah perbelanjaan melebihi peruntukan yang diluluskan mencecah RM2.1 bilion dalam tempoh tiga tahun dari 2023 hingga 2025 ketika KKDW di bawah pentadbiran Ahmad Zahid.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican berkata, seluruh peruntukan yang diperuntukkan bagi KKDW sudah disalurkan sepenuhnya manakala kekangan proses pembayaran kontraktor berlaku kerana dana berkenaan telah dibelanjakan.

Beliau berkata, MoF telah meluluskan peruntukan tambahan RM300 juta bagi membantu menyelesaikan tunggakan bayaran kepada kontraktor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×