Netanyahu berang serangan peneroka haram di Tebing Barat cederakan polis Israel

Netanyahu berang serangan peneroka haram di Tebing Barat cederakan polis Israel

SEORANG pemuda Palestin memeriksa beberapa kenderaan yang musnah selepas serangan oleh peneroka haram Israel di kampung al-Mughayyir di Tebing Barat.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT: Lebih 100 pendatang haram Yahudi menyerang sebuah kampung rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki sehingga mencetuskan kecaman luar biasa daripada pentadbiran Israel sendiri selepas tiga anggota pasukan keselamatannya tercedera.

Insiden yang turut disusuli dengan serangan ke atas sebuah lagi kampung di Tebing Barat pada hari sama itu berlaku ketika keganasan pendatang haram Yahudi terus menerima kritikan hebat antarabangsa.

Keganasan berkenaan sebelum ini cuba dipandang remeh oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam ucapannya di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian terkini, kumpulan peneroka haram menyerbu kampung Jalud di utara Tebing Barat ketika tentera Israel cuba mengiringi sebuah keluarga Palestin pulang ke rumah mereka selepas diusir akibat serangan serupa dua bulan lalu.

Tentera Israel dalam satu kenyataan mengesahkan lebih 100 perusuh Israel berkumpul di kawasan Jalud sepanjang malam, menyebabkan tentera dan polis sempadan dikerah untuk menyuraikan mereka.

“Hasil daripada pertempuran itu, tiga pegawai Polis Sempadan Israel cedera ringan dan sebuah kenderaan pasukan keselamatan mengalami kerosakan,” menurut kenyataan itu.

Pihak polis memaklumkan seorang individu ditahan manakala dua remaja bawah umur dibawa untuk sesi soal jawab.

Menurut pihak tentera, kumpulan peneroka haram terbabit menyekat laluan jalan raya, membakar tayar, membaling batu ke arah pasukan keselamatan serta membakar bangunan dan kenderaan milik penduduk Palestin di kampung berkenaan.

Tindakan ganas itu secara tidak langsung menggagalkan usaha meletakkan semula keluarga Palestin berkenaan yang terpaksa berpindah susulan beberapa siri jenayah Israel terhadap mereka.

Netanyahu tampil mengecam serangan itu yang didakwanya dilakukan oleh sekelompok kecil perusuh.

“Tindakan mereka mendatangkan kemudaratan besar kepada komuniti itu serta mengganggu pasukan keselamatan ketika menjalankan misi mereka,” kata Netanyahu.

Sementara itu, Presiden Israel, Isaac Herzog menyifatkan serangan berkenaan sebagai pencemaran moral, serangan ke atas kedaulatan undang-undang.

Kecaman terbuka sedemikian disifatkan amat jarang berlaku bagi serangan terhadap rakyat Palestin oleh peneroka haram Yahudi  secara puratanya mencatatkan enam kes sehari sepanjang separuh pertama tahun ini menurut rekod PBB.

Israel menduduki Tebing Barat sejak 1967 dan terus mempergiat perluasan kawasan penempatan haram di mana kini dianggarkan seramai 500,000 pendatang Yahudi menetap dalam kalangan tiga juta penduduk Palestin. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×