Permintaan komuniti sukan pacu peluasan kedai fizikal Asics ke Sabah

Permintaan komuniti sukan pacu peluasan kedai fizikal Asics ke Sabah

PEMBUKAAN cawangan pertama ASICS di Kota Kinabalu memenuhi permintaan komuniti sukan di Sabah yang sebelum ini bergantung kepada pembelian dalam talian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertumbuhan aktif komuniti sukan dan gaya hidup sihat di Malaysia Timur mendorong pengeluar kelengkapan sukan global, Asics Malaysia meluaskan rangkaian peruncitan fizikalnya ke Sabah menerusi pembukaan cawangan sulung di negeri itu.

Langkah strategik berkenaan mengatasi kekangan akses pengguna tempatan yang sebelum ini terpaksa bergantung kepada saluran pembelian dalam talian atau peruncit pihak ketiga bagi mendapatkan kelengkapan sukan jenama berkenaan.

Pengurus Negara ASICS Malaysia, Boon Tib Soom Nik berkata, kehadiran kedai fizikal di Imago Shopping Mall dilihat tepat pada masanya memandangkan minat tinggi masyarakat setempat terhadap aktiviti larian dan kecergasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, ruang runcit khusus itu memberi nilai tambah kepada pengguna untuk mencuba kesesuaian produk secara terus serta mendapatkan khidmat rundingan teknikal bagi mengelakkan risiko kecederaan akibat pemilihan kasut yang kurang tepat.

“Sabah mempunyai komuniti pencinta sukan yang sangat aktif dan bersemangat. Kami amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada ekosistem ini.

“Pembukaan cawangan baharu ini mencerminkan komitmen kami untuk memastikan akses produk lebih menyeluruh kepada rakyat Malaysia di mana jua mereka berada,” katanya dalam kenyataan.

Selain memperkukuh kedudukan di Sabah, syarikat itu turut mengembangkan operasi runcitnya di Semenanjung dengan pembukaan satu lagi cawangan baharu di pusat beli-belah 118 Mall, Kuala Lumpur pada awal bulan ini.

Peluasan serentak di dua wilayah utama itu menjadikan jumlah keseluruhan rangkaian kedai fizikal ASICS di seluruh negara kini mencecah 16 cawangan, sekali gus mencerminkan keyakinan syarikat terhadap potensi pasaran barangan sukan tempatan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini