Kerja baik, mengapa Anthony Loke perlu letak jawatan - Anwar

Kerja baik, mengapa Anthony Loke perlu letak jawatan – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Malaysia Professional Day, di KLGCC, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Prestasi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mencatat tahap yang cemerlang sepanjang beliau menjawat jawatan tersebut, maka tidak wajar dipaksa untuk melepaskan jawatan kerana kes sakau pemimpin lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang mendesak peletakan jawatan Anthony Loke, sambil menegaskan prestasi kepimpinan Setiausaha Agung DAP itu berada pada tahap sangat baik.

​Beliau berkata, fokus utama kerajaan ketika ini adalah membendung amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

​”Beliau (Anthony Loke) baru menyerahkan surat semalam. Semalam saya kesuntukan masa kerana perlu bergegas ke majlis pengebumian jenazah Tun Dr. Siti Hasmah.

​”Namun, apa isu sebenar? Isu utama negara kita ialah rasuah, perompakan dan salah guna kuasa. Mengapa isu yang tidak disangkutpautkan disuruh letak jawatan? Yang tidak merompak pula yang didesak letak jawatan,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Perasmian Malaysia Professional Day di KLGCC Convention Centre.

Terdahulu, media melaporkan, surat perletakan jawatan Anthony sebagai Menteri Pengangkutan telah dihantar kepada Perdana Menteri semalam.

Anthony Loke berkata, beliau diminta oleh Perdana Menteri untuk mengekalkan jawatan tersebut untuk satu tempoh.

Namun ketika ditanya tentang tempoh masa untuk memegang jawatan tersebut, beliau berkat perletakan jawatan berlaku secara automatik sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan.

​Dalam pada itu, Anwar menegaskan beliau akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Anthony Loke.

​”Apa masalah dengan kerja beliau? Kerja beliau baik. Prestasi beliau sebagai Menteri Pengangkutan sangat baik. Sebab itu saya akan berbincang dengan beliau mengenai perkara ini,” tambah beliau. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×