Sasar peluang padanan perniagaan, jualan RM25j sepanjang Karnival HPM

Sasar peluang padanan perniagaan, jualan RM25j sepanjang Karnival HPM

STEVEN Sim Che Keong (kiri) ketika berucap pada Karnival HPM Edisi Pulau Pinang di pekarangan Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan untuk memperoleh peluang padanan perniagaan dan jualan sehingga mencecah RM25 juta sepanjang berlangsungnya Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (HPM) 2026 edisi Pulau Pinang selama dua hari, bermula hari ini.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, pihaknya yakin sasaran itu boleh dicapai dengan penglibatan seramai kira-kira 300 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi dalam karnival berkenaan.

“Kita anjurkan karnival yang berbentuk pameran perdagangan seperti ini untuk membantu usahawan-usahawan tempatan memasarkan produk mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam hal ini, kita kena pastikan bahawa orang Malaysia kita, perniagaan-perniagaan Malaysia kita serta produk-produk dan perkhidmatan mereka boleh menembusi pasaran dalam negara dahulu sebelum ke luar negara,” katanya.

Steven berkata demikian ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (HPM) 2026 edisi Pulau Pinang yang berlangsung di pekarangan Stadium Negeri Batu Kawan di sini, hari ini.

Tambah beliau, pihaknya turut menyasarkan jumlah kehadiran sehingga 100,000 pengunjung sepanjang karnival selama dua hari itu berdasarkan sambutan baik yang diterima pada edisi yang berlangsung di Johor dan Melaka sebelum ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×