Warga emas tinggal sehelai sepinggang selepas rumah terbakar - Utusan Malaysia

Warga emas tinggal sehelai sepinggang selepas rumah terbakar

PASUKAN bomba dan penyelamat berjaya memadamkan kebakaran sebuah rumah yang didiami seorang warga emas di Kampung Baru Cendering di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang warga emas tinggal sehelai sepinggang selepas rumah didiaminya di Kampung Baru Cendering di sini hampir musnah dalam kebakaran malam tadi.

Warga emas terbabit, Ismail Ali, 65, bagaimanapun terselamat dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.49 malam itu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.49 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas tiba di lokasi pada pukul 9.52 malam.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati sebuah rumah separuh kekal berkeluasan kira-kira 93 meter persegi terbakar dengan anggaran kemusnahan sebanyak 90 peratus,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zulfadli berkata, operasi turut mendapat bantuan lapan anggota dari BBP Indera Mahkota bersama sebuah jentera FRT dan lori tangki air.

“Kebakaran dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 11.00 malam dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×