Azeez Rahim tak mengaku guna kedudukan dapatkan jawatan

Azeez Rahim tak mengaku guna kedudukan dapatkan jawatan, yakinkan pelaburan RM193.5 juta

ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan jawatan di sebuah syarikat dan manfaatnya serta meyakinkan Ahli Lembaga TH membuat pelaburan RM193.5 juta di syarikat sama.

Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Abdul Azeez sebagai Pengerusi TH telah menggunakan kedudukannya untuk suapan dengan mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail untuk mencadangkan dirinya menjadi Pengerusi syarikat Putrajaya Perdana Berhad (PPB) yang akan mendapat manfaat remunirasi sebanyak RM690,000.00 setahun serta kemudahan sebuah kereta BMW 7 Series berserta seorang pemandu tetap.

Abdul Azeez juga bertindak menyakinkan Ahli-Ahli Lembaga Tabung Haji untuk bersetuju meluluskan cadangan untuk melabur sehingga RM193.5 juta (sehingga 30% modal saham terbitan sedia ada) dalam PPB yang mana beliau mempunyai kepentingan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 25 Ogos 2014 di Bilik Mesyuarat Lembaga, Bangunan Tabung Haji, 201 Jalan Tun Razak dekat sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

BERITA SELNJUTNYA MENYUSUL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×