10 tahun hias rumah semarak merdeka

10 tahun hias rumah semarak merdeka

PENDUDUK Felda Belara, Setiu, Terengganu mengibarkan Jalur Gemilang selepas menghias setiap blok perumahan dengan pelbagai kreativiti bertemakan kemerdekaan. – MiINGGUAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Lebih 1,000 penduduk Felda Belara di sini, berganding bahu menceriakan 10 blok perumahan bagi menyemarakkan semangat sambutan Bulan Kebangsaan menerusi tema Gemilang Semarak Merdeka.

Ketua Penerokanya, Mohd. Noor Ismail berkata, aktiviti menghias blok perumahan itu menjadi rutin tahunan komuniti berkenaan sejak kira-kira 10 tahun lalu sekali gus menjadi wadah mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk.

Katanya, setiap blok yang mempunyai kira-kira 23 rumah diberikan peruntukan sebanyak RM400 untuk tujuan hiasan manakala sebahagian penduduk turut mengeluarkan wang sendiri bagi mendapatkan bahan diperlukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap penduduk bebas menggunakan kreativiti masing-masing menghasilkan hiasan yang menarik termasuk menggunakan bahan terpakai seperti tayar dan botol untuk menghasilkan hiasan, sekali gus meng­galakkan amalan kitar semula.

“Sebelum ini pertandingan hanya membabitkan hiasan blok, namun kini turut diperluas kepada pertandingan rumah tercantik bagi menggalakkan lebih ramai penduduk mengambil bahagian,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Mohd. Noor, kegia­tan itu bukan sekadar menceriakan kawasan perumahan, sebaliknya menghimpunkan pen­duduk daripada pelbagai peringkat usia untuk bersama-sama menjayakan aktiviti ber­kenaan.

Katanya, program seperti itu menjadi ruang untuk penduduk tua, muda dan kanak-kanak be­kerjasama serta merapatkan kembali jurang antara mereka.

“Paling penting, kita mahu semangat patriotisme itu disemai dalam kalangan anak-anak sejak kecil dan Alhamdulillah, sekarang boleh dikatakan hampir semua rumah serta bangunan di sini mengibarkan Jalur Gemilang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini