BSMM sahkan ambulans terbabit nahas di Jasin

BSMM sahkan ambulans terbabit nahas di Jasin

LOKASI kemalangan yang melibatkan seorang pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang di Ayer Merbau, Jasin. -Ihsan IPD Jasin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) mengesahkan salah sebuah ambulans cawangannya yang sedang membawa seorang pesakit terlibat dalam kemalangan di Jasin, Melaka petang tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pertubuhan itu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berhubung nahas tersebut.

“Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa serta pihak berkaitan bagi mendapatkan dan mengesahkan butiran terperinci berhubung insiden berkenaan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

BSMM turut memaklumkan siasatan mengenai sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala organisasi itu komited memberikan kerjasama penuh sepanjang proses siasatan.

BSMM menegaskan maklumat lanjut belum dapat dikongsikan memandangkan proses pengumpulan dan pengesahan fakta masih berjalan.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah ambulans sebuah syarikat swasta pada petang tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini