Bulan Sabit Merah Malaysia salur 11.8 tan bantuan ke Nepal

Bulan Sabit Merah Malaysia salur 11.8 tan bantuan ke Nepal

Pegawai polis jatuh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) menerusi platform Rakan NADMA di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menghantar bantuan kemanusiaan seberat kira-kira 11.8 tan bagi membantu mangsa banjir di Nepal.

Penghantaran bekalan penting itu diselaraskan dengan sokongan Kerajaan Malaysia serta kerjasama Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) menggunakan pesawat A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Setiausaha Agung BSMM, Datuk Danial Iskandar Abdul Rahman berkata, sumbangan itu membuktikan komitmen dan solidariti berterusan Malaysia dalam menghulurkan bantuan i kepada rakyat di negara luar yang berdepan kesusahan.

“Penghantaran bantuan kemanusiaan ini diharap dapat memenuhi keperluan segera keluarga dan komuniti yang terjejas akibat banjir, di samping melengkapi operasi bantuan dan pemulihan yang diterajui oleh pihak Palang Merah Nepal.

“Antara barangan keperluan yang digerakkan merangkumi 320 helai selimut sintetik terma sederhana, 1,920 helai kanvas dan 200 set peralatan pembinaan tempat perlindungan sementara,” katanya dalam kenyataan.

Bencana alam berskala besar itu sebelum ini dilaporkan telah memusnahkan banyak kediaman, merosakkan infrastruktur awam termasuk jalan raya, jambatan, kemudahan hidroelektrik serta melumpuhkan rangkaian telekomunikasi di kawasan terjejas teruk seperti Rasuwa, Nuwakot dan Dhading.

Danial berkata, selain penghantaran logistik udara tersebut, BSMM turut melancarkan Tabung Banjir Nepal bermula 29 Ogos hingga 30 November 2026 bagi membolehkan orang ramai, syarikat korporat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyumbang dana.

“Orang ramai yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan ke akaun rasmi CIMB Bank atas nama Malaysian Red Crescent Society (No. Akaun: 8001581667) dengan rujukan pembayaran “Nepal Floods Appeal”,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×