Sultan Ibrahim sampaikan salam sempena sambutan Maulidur Rasul

Sultan Ibrahim sampaikan salam sempena sambutan Maulidur Rasul

YANG DIPERTUAN AGONG, SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menyampaikan salam kepada rakyat Malaysia sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau diberi amanah untuk menyampaikan salam daripada Seri Paduka Baginda yang kini berada di luar negara.

Beliau berkata, Sultan Ibrahim turut mahu merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Universti Putra Malaysia (UPM) atas kejayaan menganjurkan sambutan peringkat kebangsaan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“(Sultan Ibrahim) mendoakan (kepada) kehadrat Allah SWT, mudah-mudahan negara kita kekal sebagai negara yang aman, berdaulat.

“Dan dapat mengangkat martabat rakyat serta negara untuk menjadikan contoh yang terbaik bagi umat Islam dan umat manusia seluruhnya,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Terdahulu, Anwar menyampaikan anugerah Tokoh Perdana kepada Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Westar Group, Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim.

Dalam majlis sama, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay turut menerima Anugerah Maulidur Rasul SAW bagi kategori Tokoh Wira Negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN