Pada 31 Julai 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Institut Teknologi MARA (ITM) telah melipatgandakan pengambilan pelajar- pelajarnya pada tahun ini selaras dengan desakan Kongres Ekonomi Bumiputera pada Mei lalu supaya pusat pengajian itu melahirkan lebih ramai tenaga mahir bumiputera.
Menurut Dekan Hal Ehwal Pelajar ITM, Ali Saad, institut sedang dalam proses pengambilan seramai 3,200 orang pelajar baru berbanding sebelum ini hanya seramai 2,000 orang setiap tahun.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 31 Julai 1979 – Lima bekas pengikut ajaran tarikat Khalid di Felda Air Hitam, Kluang, Johor yang dihadapkan ke Mahkamah Syariah telah kembali bertaubat dan dinikahkan semula oleh kadi daerah berkenaan.
- 31 Julai 1980 – Wisma Putra mengesahkan bahawa, Malaysia bertindak memulaukan persidangan Islam anjuran Russia yang dijadual berlangsung di Kota Tashkent, September depan.
- 31 Julai 1981 – Pengharaman ke atas buku kontroversi berjudul ‘The Malay Dilemma’ karangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah ditarik mulai hari ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










