Kriteria pendapatan golongan T20 diteliti

Kriteria pendapatan golongan T20 diteliti

AKMAL NASRULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang me­neliti kriteria kumpulan ber­­pendapatan tinggi iaitu T5, T10, T15 dan T20 khususnya ber­kaitan garis pemisah pendapa­tan, sebelum pelaksanaan sub­sidi bersasar petrol RON95 dapat diperincikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Ekonomi, Akmal Nas­r­ullah Mohd. Nasir berkata, ca­dangan itu telah dibincangkan da­lam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) su­sulan pengumuman Perdana Menteri mengenai keperluan me­nyasarkan semula subsidi.

Menurut beliau, antara ca­ba­­ran utama yang sedang di­per­ha­lusi adalah menentukan ga­ris pemisah pendapatan yang sesuai bagi membezakan golo­ngan layak menerima subsidi dan mereka yang wajar dikeluarkan daripada sistem ber­kenaan.

“Itu antara intipati perbinca­ngan yang sedang dilakukan ba­gi menentukan di manakah ga­ris pemisah antara mereka yang sewajarnya menerima subsidi dan mereka yang mungkin le­bih sesuai dikeluarkan daripada sistem berkenaan.

“Kita mahu memastikan pe­nya­saran subsidi dapat dilaksa­nakan dengan adil, tetapi pada masa sama tidak menjejaskan kum­pulan yang masih memer­lukan bantuan atau belum ber­sedia untuk beralih sepenuh­nya,” katanya ketika di­temui se­­­le­pas Majlis Penyerahan Ta­­wa­­ran Di Bawah Kerjasama Stra­tegik Di Antara Kerajaan Malaysia dan Arm Limi­ted di sini semalam.

Kata Akmal Nasrullah, selain pendapatan, beberapa faktor lain turut dipertimbangkan da­lam menentukan kategori T15 ter­masuk data sedia ada yang boleh dijadikan rujukan oleh ke­­rajaan.

“Apabila pendekatan ini di­lak­­sanakan, kita juga akan me­­­­nye­diakan ruang untuk ra­yuan bagi memastikan proses ter­sebut le­bih adil. Bila garis pemisah itu lebih jelas, ia akan memu­dahkan penerimaan da­lam ka­langan kumpulan sasaran,” katanya.

Menurutnya, pendirian Ke­menterian Ekonomi kekal kon­sis­ten bahawa bantuan ke­rajaan perlu disalurkan secara bersasar agar manfaatnya benar-benar dinikmati oleh kumpulan yang layak.

“Jika subsidi tidak diurus de­ngan cermat, ia boleh memberi implikasi yang ingin kita elakkan.

“Kita perlu mengimbangi ke­perluan melindungi rakyat, meng­awal inflasi dan memastikan pembangunan ekonomi negara terus berjalan supaya semua lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi,” katanya lagi.

Tambah beliau, perincian pelaksanaan subsidi bersasar itu dijangka dapat dimuktamadkan sebelum bermulanya bulan hadapan apabila ia mula dilaksa­nakan namun perkara tersebut masih di peringkat perbinca­ngan.

“Kalau pandangan saya, seba­ik­nya kita boleh memuktamadkan sebelum bermulanya bulan yang baharu. Saya jangkakan apabila dilaksanakan nanti, kemungkinan besar ia akan bermula pada awal bulan. Namun, perkara ini masih di peringkat perbincangan,” katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan subsidi petrol untuk golongan berpendapatan tinggi bagi membantu negara mengharungi keadaan ekonomi semasa.

Sementara itu, penganalisis ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, pelaksanaan pemotongan subsidi petrol bagi golongan berpendapatan tinggi itu perlu dilaksanakan dengan segera dan secara berfasa.

Buat permulaan, katanya, ia boleh melibatkan jawatan menteri, ahli Parlimen, Exco kerajaan negeri sehingga individu berjawatan penting termasuk Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A sehingga JUSA C.

Selain itu, pemotongan subsidi petrol RON95 untuk pekerja sektor swasta dan kerajaan pula perlu bermula dengan individu bergaji antara RM10,000 sehingga RM12,000 sebulan dan ke atas di kawasan bandar.

Tambahnya, bagi pekerja sek­tor swasta di negeri tertentu yang mempunyai kos sara hidup rendah, pemotongan boleh dilaksanakan bagi individu yang bergaji RM8,000 sebulan.

Katanya, kedua-dua pelaksanaan tersebut sebagai langkah segera membantu mengurangkan perbelanjaan subsidi pada masa kini dan mengharungi keadaan ekonomi semasa.

“Ini bermakna setiap individu berpendapatan RM12,000 bersih dan bekerja di bandar seperti Kuala Lumpur, Johor atau Pulau Pinang, automatik dipotong subsidi.

“Namun, dalam satu situasi pula katakanlah individu ‘A’ yang tinggal di Perlis bergaji RM8,000 dan dikenakan poto­ngan subsidi, apabila dia bekerja di Putrajaya sebagai contoh, dia boleh mengemukakan permohonan agar pemberian subsidi disambung semula,” katanya.

Sementara itu kata Barjoyai, langkah potongan itu juga boleh dilaksanakan sama ada secara keseluruhan atau bermula de­ngan potongan subsidi 50 peratus terlebih dahulu.

Dalam pada itu, penganalisis ekonomi dari UniKL Business School, Prof Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, kerajaan disaran memberikan tempoh peralihan selama enam bulan kepada golongan T20 de­ngan mengekalkan subsidi seba­nyak 50 peratus terlebih dahulu.

“Melalui cadangan berkenaan, harga petrol RON95 bagi kumpulan terbabit hanya mening­kat kepada sekitar RM2.70 seliter sebelum diselaraskan kepada RM3.35 seliter selepas tamat tempoh enam bulan tersebut.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini