Pemuda maut di loteng, rumah musnah terbakar

Pemuda maut di loteng, rumah musnah terbakar

KEBAKARAN di Lorong Astana, Bandar Sri Astana di Sungai Petani, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berusia 20 tahun maut dalam kebakaran sebuah rumah di Lorong Astana, Bandar Sri Astana di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Pegawai Bomba Kanan I Mohd. Zaki Senik berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 4.51 pagi membabitkan sebuah rumah yang marak terbakar.

Beliau berkata, pasukan penyelamat menemukan jasad mangsa di ruang loteng rumah pada pukul 5.23 pagi dalam kebakaran yang memusnahkan kira-kira 80 peratus struktur rumah.

“Kebakaran dipercayai bermula dari bahagian hadapan kediaman itu dan seorang mangsa lelaki berusia lingkungan 50-an mengalami sesak nafas. Dia dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut.

“Sebuah kereta Perodua Alza turut musnah 90 peratus, selain empat motosikal yang turut terjejas dalam kebakaran itu,” katanya hari ini.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 5.41 pagi dan kerja-kerja berkaitan masih dijalankan.

Tambahnya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×