PM beri sumbangan dua keluarga hilang rumah akibat kebakaran

PM beri sumbangan dua keluarga hilang rumah akibat kebakaran

ANWAR Ibrahim ketika meninjau ke lokasi dua buah rumah yang musnah akibat kebakaran di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting, di sini hari ini. - FB ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting dekat sini yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran, dua minggu lalu.

Beliau berharap sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban yang ditanggung selain mendoakan agar kedua-dua keluarga dikurniakan ketabahan, kekuatan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian yang amat berat itu.

“Sebelum menunaikan solat Jumaat hari ini, saya berkesempatan menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga yang rumah mereka musnah dalam kebakaran.

“Peristiwa ini amat menyayat hati, lebih-lebih lagi apabila salah sebuah keluarga turut kehilangan insan tersayang, iaitu anak lelaki berusia tiga tahun yang terkorban selepas terperangkap dalam kebakaran tersebut,” katanya dalam hantaran di Telegram rasmi beliau hari ini.

Terdahulu, Anwar menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Seri Cheeding, Banting, dekat sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN