Tujuh cedera dipercayai main mercun bola

Tujuh cedera dipercayai main mercun bola

KEADAAN but sebuah kereta yang kemik dipercayai akibat letupan mercun dalam kejadian di Pendang, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Kira-kira tujuh individu termasuk kanak-kanak didakwa mengalami kece­de­raan dipercayai akibat terke­na mercun dipercayai mercun bola dalam kejadian di sini, kelmarin.

Kejadian tersebut tular di Facebook dan WhatsApp sejak semalam yang memaparkan beberapa mangsa mengalami kecederaan pada muka dan badan selain bahagian but sebuah kereta kemik.

SALAH seorang mangsa yang cedera pada muka didakwa akibat terkena mercun di Pendang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pendang, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, kejadian difahamkan berlaku pada malam raya dan setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.

“Kesemua mangsa dibawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Pendang untuk mendapatkan rawatan.

“Sehingga setakat ini, pi­hak polis belum menerima se­barang laporan berkaitan ke­jadian tersebut sama ada da­ripada hospital atau mana-mana pihak,” katanya ketika di­hubungi di sini semalam.

Bagaimanapun, tambah beliau, pihak polis telah pergi ke hospital berkenaan semalam untuk mendapatkan butiran lengkap dan laporan maklumat awal akan dibuat bagi tujuan siasatan.

Justeru, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan diminta tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×