Siasatan IJM Corporation: SPRM beku 55 akaun bank

Siasatan IJM Corporation: SPRM beku 55 akaun bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan sebanyak 55 akaun bank persendirian serta akaun syarikat-syarikat berkaitan susulan siasatan melibatkan syarikat IJM Corporation ketika ini.

Menurut sumber, kesemua akan bank itu melibatkan jumlah keseluruhan dianggarkan kira-kira RM15.8 juta dan siasatan kini juga menumpukan usaha mengesan dan menyita aset-aset lain yang disyaki diperoleh melalui aktiviti pengubahan wang haram.

Katanya, setakat ini pasukan penyiasat telah membuat pemeriksaan dan penggeledahan di empat lokasi berasingan berlainan iaitu kediaman dan pejabat salah seorang pengurusan tertinggi IJM Corporation.

“SPRM turut membekukan 55 akaun bank persendirian serta akaun syarikat-syarikat yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan dianggarkan kira-kira RM15.8 juta. 

“Sehingga kini sebanyak sembilan rakaman percakapan telah diambil termasuk dua pengurusan tertinggi syarikat terbabit.

“Rakaman percakapan dua pengurusan tertinggi syarikat terbabit disambung hari ini dan lima orang saksi lagi akan dipanggil untuk dirakam percakapan,” katanya di sini hari ini. 

Tambahnya, siasatan terhadap syarikat itu melibatkan isu tadbir urus korporat, proses perolehan, transaksi kewangan serta pemilikan aset di luar negara yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2.5 bilion.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Pada 19 Januari lalu, Bahagian Operasi Khas (BOK) telah menjalankan siasatan terhadap dua individu pengurusan tertinggi IJM Corporation.

Sebelum ini, Pejabat Penipuan Serius United Kingdom (SFO) (Serious Fraud Office) dilapor melancarkan siasatan terhadap dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah melibatkan transaksi pelaburan bernilai berbilion ringgit yang dikaitkan dengan dua eksekutif berkenaan.

Ia dipercayai berlaku ketika Sunway Group sedang berusaha untuk mengambil alih IJM menerusi satu urus niaga bernilai RM11 bilion.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×