Traktor 'serbu' Paris, protes perjanjian perdagangan EU-Amerika Selatan

Traktor ‘serbu’ Paris, protes perjanjian perdagangan EU-Amerika Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Puluhan traktor memasuki Paris awal Selasa apabila petani Perancis memprotes perjanjian perdagangan yang  dimeterai Kesatuan Eropah (EU) dengan empat negara Amerika Selatan.

Perjanjian perdagangan yang lama ditangguhkan dengan blok Mercosur itu diluluskan oleh EU minggu lalu dan dijangka ditandatangani pada Sabtu.

Petani di Perancis dan beberapa negara lain bimbang akan terjejas oleh kemasukan daging lembu dan produk lain dari Amerika Selatan pada harga murah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ribuan petani di Perancis dan Ireland mengadakan protes pada hujung minggu lalu, dan pada Selasa dijangka sekitar 300 traktor akan meneruskan protes di Paris.

Menjelang pukul 7.00 pagi (waktu tempatan), kira-kira 150 traktor memasuki ibu negara Perancis dengan iringan pihak berkuasa.

Traktor-traktor itu dijangka bergerak perlahan di laluan utama ibu kota, termasuk Champs-Elysées.

Sebahagian besar daripada 27 negara EU menyokong perjanjian perdagangan Mercosur, yang menurut penyokongnya penting untuk meningkatkan eksport, membantu ekonomi yang sedang lesu dan memupuk hubungan diplomatik pada masa ketidaktentuan global.

Namun, perjanjian ini ditentang ramai petani dan pihak lain yang bimbang ia akan menyebabkan kemasukan tambahan sehingga 99,000 tan daging lembu murah dari gergasi pertanian Brazil dan negara jirannya, sekali gus mengganggu sektor pertanian Eropah.

Perjanjian yang dirundingkan lebih 25 tahun itu akan mewujudkan salah satu kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia, meningkatkan perdagangan antara blok 27 negara EU dan blok Mercosur yang terdiri daripada Brazil, Paraguay, Argentina dan Uruguay.

Eksport utama Mercosur ke EU termasuk produk pertanian dan mineral, manakala EU pula akan mengeksport mesin, bahan kimia dan produk farmaseutikal dengan kadar tarif yang dikurangkan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini