Selangor umum belanjawan 2026 berjumlah RM3.23 bilion

Selangor umum belanjawan 2026 berjumlah RM3.23 bilion, naik 7.67 peratus

Belanjawan Selangor 2026
AMIRUDIN Shari bergambar bersama anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebelum membentangkan Belanjawan Selangor 2025 di DUN Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri mengumumkan Belanjawan Selangor 2026 berjumlah RM3.23 bilion iaitu meningkat sebanyak 7.67 peratus berbanding belanjawan tahun ini.

Belanjawan tersebut turut menunjukkan peningkatan perbelanjaan bagi mengurus bagi tahun hadapan iaitu RM1.86 bilion (57.6 peratus) berbanding RM1.7 bilion.

Ia turut melibatkan pembayaran emolumen penjawat awam negeri sebanyak RM651.3 juta.

Perbelanjaan pembangunan yang merangkumi 42.4 peratus itu turut menunjukkan peningkatan iaitu RM1.37 bilion berbanding RM1.3 bilion yang dibentangkan pada tahun lalu.

“Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri menganggarkan hasil negeri pada tahun hadapan sebanyak RM2.8 bilion apabila sebanyak RM2.5 bilion direkodkan sehingga bulan ini.

“Antara penymbang utama hasil negeri 2026 adalah Premium Tanah iaitu sebanyak RM1.02 bilion bersamaan 36.3 peratus daripada anggaran hasil keseluruhan.

Penyumbang kedua terbesar adalah hasil Cukai Tanah iaitu sebanyak RM691.27 juta atau 24.7 peratus. Manakala penyumbang ketiga terbesar adalah daripada pemberian persekutuan iaitu RM263 juta (9.4 peratus),” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Amirudin berkata, sehingga 12 November lalu, kerajaan negeri meningkatkan rizab sebanyak RM4.84 bilion berbanding RM4.132 bilion pada 31 Disember tahun lepas.

“Ia terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM1.61 bilion dan Akaun Amanah Disatukan RM3.23 bilion.

“Rizab kerajaan negeri mula menunjukkan peningkatan pada 2018 dan sehingga kini ia meningkat sebanyak RM2.7 bilion berbanding enam tahun lalu,” jelasnya.

Beliau menjangkakan prestasi keseluruhan belanja mengurus dan pembangunan pada Belanjawan Selangor 2025 akan mencapai lebih 90 peratus secara purata sehingga 31 Disember depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×