Mangsa banjir di Perak menurun, PPS kekal 29 lokasi

Mangsa banjir di Perak menurun, PPS kekal 29 lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAIi: Jumlah mangsa banjir di seluruh Perak menunjukkan trend penurunan apabila 2,888 orang daripada 971 keluarga masih berlindung di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi ini, berbanding 2,896 mangsa semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, sebuah PPS baharu dibuka awal pagi tadi di Dewan Bandar Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) bagi menempatkan 21 mangsa daripada empat keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran di Kampung Terengganu, Hilir Perak.

Lima daerah kekal terjejas iaitu Larut, Matang dan Selama; Manjung; Perak Tengah; Kerian; serta Hilir Perak tanpa sebarang penutupan PPS setakat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Daerah Larut, Matang dan Selama kekal paling teruk terjejas dengan 1,872 mangsa daripada 640 keluarga di 19 PPS, antaranya ADTEC Taiping, SK Simpang dan Masjid Al-Wusta Batu 8,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Di Manjung, sebanyak 607 mangsa daripada 202 keluarga masih ditempatkan di lima PPS, manakala di Perak Tengah, 110 mangsa daripada 31 keluarga berlindung di SMK Layang-Layang Kiri.

Sementara itu, tiga PPS di Kerian menempatkan 278 mangsa daripada 94 keluarga, termasuk di Dewan Serbaguna Semanggol dan SK Kampung Dew.

Dalam perkembangan lain, Jalan Persekutuan FT147 yang menghubungkan Bagan Serai–Alor Pongsu–Selama di Seksyen 15.000 dilimpahi air sedalam 0.54 meter malam tadi, menjadikan laluan sepanjang 350 meter hanya dibuka kepada kenderaan berat.

Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kerian, papan tanda amaran telah dipasang dan pemantauan rapi diteruskan, manakala laluan itu akan ditutup sepenuhnya jika paras air melebihi 0.75 meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini