Senarai atlet wushu ke Sukan SEA dimuktamad dua minggu lagi

Senarai atlet wushu ke Sukan SEA dimuktamad dua minggu lagi

Chong Kim Fatt
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) dijangka memuktamadkan senarai akhir atlet wushu yang akan menggalas cabaran negara ke Sukan SEA 2025 di Thailand dalam tempoh dua minggu lagi.

Presidennya, Datuk Dr. Chong Kim Fatt berkata, persediaan pasukan negara kali ini berjalan lancar susulan persiapan lebih awal menerusi penyertaan dalam Kejohanan Dunia dan Sukan SEA tahun lalu.

“Secara keseluruhan persediaan sudah lengkap. Hanya ada satu dua atlet yang perlu diganti dan sedikit masa diperlukan untuk pengesahan akhir. Kira-kira 30 peratus muka baharu turut diserapkan dalam skuad kali ini,” katanya ketika ditemui. 

Beliau memaklumkan, semua sepuluh atlet telah lulus penilaian Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk disenaraikan dalam kategori A manakala empat lagi berada dalam kategori B.

“Daripada segi teknikal, ada sedikit isu terutamanya membabitkan jadual kerana tiga acara berlangsung hampir serentak. Kami sedang menimbang sama ada mahu mendaftar bagi dua atau tiga acara.

“Bagaimanapun banyak isu teknikal masih belum selesai. Venue pertandingan juga menimbulkan kebimbangan kerana kebanyakannya menggunakan fasiliti sekolah tanpa dewan baharu. 

“Keadaan ini sememangnya mencabar kerana atlet juga berdepan masalah rehat dan pemulihan selain faktor persekitaran di sana. Namun begitu, kami konsisten bagi memastikan sukan ini menyumbang sekurang-kurangnya satu pingat emas dalam temasya tersebut,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×