Zelensky berang negara sekutu 'duduk diam' ketika Ukraine dibedil Russia

Zelensky berang negara sekutu ‘duduk diam’ ketika Ukraine dibedil Russia

VOLODYMYR ZELENSKY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menuduh negara-negara sekutu sebagai ‘membuang masa’ apabila Russia terus melancarkan serangan besar-besaran terhadap negara itu.

Sehubungan itu, Zelensky mahu menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump supaya mengenakan sekatan baharu terhadap Russia ketika mereka dijadual bertemu minggu depan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di New York.

Dalam kenyataan terbaharunya, Zelensky kecewa terhadap kelewatan tindak balas antarabangsa dan masa semakin suntuk untuk menghentikan keganasan yang berterusan oleh Kremlin.

Zelensky menyatakan sekatan baharu perlu dikenakan sekiranya Presiden Russia, Vladimir Putin terus menolak rundingan damai atau gencatan senjata.

Beliau menyifatkan tindakan menangguhkan tekanan terhadap Moscow sebagai strategi yang hanya memberi ruang kepada Russia untuk terus melakukan serangan kejam terhadap rakyat Ukraine.

“Dunia, terutamanya AS tidak boleh terus menunggu tindakan daripada negara lain sebelum bertindak sendiri. Kita sudah kesuntukan masa dan Russia terus meragut nyawa rakyat Ukraine,” katanya.

Trump sebelum ini berulang kali memberi amaran akan mengambil tindakan keras terhadap Russia, tetapi sehingga kini masih belum melaksanakan apa-apa langkah konkrit.

Beliau berkata, AS bersedia mengenakan sekatan besar-besaran, namun hanya selepas semua negara NATO berhenti membeli minyak Russia dan mula mengenakan tarif terhadapcChina.

Zelensky mengecam pendekatan ini dengan menyifatkannya sebagai kelewatan yang hanya melemahkan tekanan terhadap Putin.

Katanya, jika Trump benar-benar mahu menunjukkan kepimpinan global, beliau perlu bertindak tanpa syarat dan tanpa menunggu Eropah.

Ukraine juga menekan Eropah agar bersatu dalam mengenakan sekatan yang lebih menyeluruh terhadap Moscow.

Zelensky turut mengulangi kesediaannya untuk bersemuka dengan Putin pada bila-bila masa, sama ada secara langsung atau dalam format tiga hala bersama kehadiran Trump.

Kremlin bagaimanapun menolak idea ini dengan alasan isu ‘akar sebenar konflik’ mesti diselesaikan terlebih dahulu, merujuk kepada tuntutan Russia agar Ukraine menyerah kalah dan melepaskan wilayahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×