AI beri keburukan jika disalah guna

AI beri keburukan jika disalah guna

Isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merasmikan Jade Camp Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Generasi muda diingatkan supaya menggunakan kecerdasan buatan (AI) secara bijak tanpa bergantung sepenuhnya kepada teknologi itu, kata Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail. 

Katanya, walaupun AI mampu membantu dalam pembelajaran, memudahkan tugasan dan membuka minda kepada inovasi, namun ia juga berpotensi mendatangkan keburukan jika disalahgunakan. 

“Dengan akses internet yang laju, gunakanlah AI itu untuk mencari maklumat yang berfaedah dan mempelajari kemahiran baharu. 

“Pelajarilah bagaimana AI boleh membantu dalam pembelajaran, memudahkan tugasan, dan membuka minda kepada inovasi,” katanya ketika merasmikan Jade Camp PPPM 2025, di sini, hari ini. 

Namun begitu, beliau menegaskan untuk tidak sentiasa bergantung dan berwaspada kepada kesan buruk sekiranya tidak menggunakan teknologi tersebut dengan bertanggungjawab. 

“AI ada halusinasi. Jadi, kalau bab agama misalnya, jangan terus tanya kepada AI. Kita perlu dapatkan jawapan daripada sumber autentik dan sahih,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Wan Azizah turut menasihatkan generasi muda agar menggunakan media sosial secara beretika dan tidak menyebarkan maklumat palsu.

“Jangan sesekali berkongsi maklumat peribadi secara berlebihan, jangan kongsikan berita yang tidak benar. Kalau tidak pasti, jangan kongsi.

“Jadilah pengguna teknologi yang bijak, beretika dan bertanggungjawab,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×