Penyelidik merokok selepas yakin AI mampu sembuhkan kanser

Penyelidik merokok selepas yakin AI mampu sembuhkan kanser

SHYAM SANKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Segelintir penyelidik kecerdasan buatan (AI) dilaporkan mula merokok kerana yakin teknologi itu mampu menemukan penawar penyakit kanser.

Trend itu didedahkan Ketua Pegawai Teknologi syarikat perisian Amerika Syarikat (AS), Palantir, Shyam Sankar, yang mendakwa sebahagian penyelidik sanggup mempertaruhkan kesihatan sendiri bagi membuktikan keyakinan mereka terhadap AI.

Dalam temu bual program CBS News, Face The Nation, Sankar berkata, sesetengah penyelidik menggunakan tabiat merokok sebagai simbol mereka meletakkan keyakinan penuh kepada keupayaan teknologi itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka sanggup mempertaruhkan segala-galanya pada AI kerana yakin teknologi tersebut mampu menyembuhkan kanser,” katanya.

Trend luar biasa itu berlaku ketika beberapa tokoh utama industri teknologi meramalkan revolusi dalam bidang perubatan yang didorong oleh kecerdasan buatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Anthropic, Dario Amodei, sebelum ini mendakwa AI mampu menghapuskan kebanyakan penyakit, termasuk kanser, dalam tempoh lima hingga 15 tahun.

“Apabila saya menghidap kanser paru-paru nanti, robot AI sudah mampu menyembuhkan penyakit itu,” kata pengasas syarikat pemula AI Friend, Avi Schiffmann.

Bagaimanapun, Sankar menyifatkan kepercayaan melampau terhadap AI sebagai satu bentuk ‘psikosis beramai-ramai’ dan khayalan sosial, selain memberi amaran sesetengah individu menganggap Kecerdasan Am Buatan (AGI) seolah-olah tuhan.

“Penting untuk memahami ramai individu yang membangunkan teknologi ini cuba mengisi kekosongan dalam hati mereka dengan AGI, iaitu tuhan berbentuk mesin,” katanya.

Sankar turut mengkritik golongan yang terlalu bimbang terhadap ancaman AI dan bertelagah mengenai hala tuju pembangunan teknologi itu.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini