AI bakal jadi pemacu kecekapan tenaga dalam tempoh lima tahun

AI bakal jadi pemacu kecekapan tenaga dalam tempoh lima tahun

SARAVAN PENUBARTHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Teknologi kecerdasan buatan (AI) berpotensi menjadi pemacu utama kecekapan tenaga dalam tempoh lima tahun akan datang menerusi keupayaannya mengoptimumkan penggunaan elektrik, mengurangkan kos operasi dan mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih.

Ketua Pegawai Teknologi AIQ, Saravan Penubarthi, berkata meskipun teknologi AI memerlukan penggunaan tenaga yang tinggi, pemilihan teknologi dan sistem yang tepat mampu mengurangkan keperluan pemprosesan data sekali gus meningkatkan kecekapan tenaga.

Menurutnya, terdapat tiga pendekatan utama untuk meningkatkan kecekapan tenaga menerusi AI, iaitu penggunaan teknologi AI bersesuaian di pusat data, pelaksanaan sistem AI yang lebih cekap dalam perusahaan serta peralihan kepada sumber tenaga bersih.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perbezaan dari segi kos dan penggunaan tenaga bukan hanya bergantung kepada model AI yang digunakan, tetapi juga bagaimana sesuatu penyelesaian itu direka bentuk dan dilaksanakan bagi menghasilkan keputusan yang tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika mengulas potensi AI dalam membantu Malaysia dan ASEAN pada Persidangan Abu Dhabi International Petroleum Exhibition and Conference (ADIPEC 2026). Adipec adalah persidangan dan pameran tenaga terbesar di dunia yang diadakan setiap tahun di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Mengulas lanjut, Saravan berkata, AI turut berperanan meningkatkan kecekapan pengurusan grid elektrik, penyelenggaraan ramalan dan pengoptimuman pengeluaran tenaga bagi memenuhi peningkatan permintaan elektrik daripada pusat data serta sektor industri.

Menurutnya, teknologi berkenaan juga membantu menangani cabaran mengintegrasikan tenaga boleh baharu ke dalam sistem bekalan elektrik, khususnya dalam memastikan keseimbangan antara bekalan dengan permintaan tenaga.

Pada masa sama, beliau berpandangan penyelarasan dasar kerajaan berkaitan tadbir urus AI serta pembangunan infrastruktur tenaga amat penting bagi memastikan perkembangan teknologi itu seiring dengan keperluan bekalan tenaga.

Saravan berkata demikian pada Adipec 2026 yang mewakili AIQ, sebuah syarikat teknologi dan kecerdasan buatan berpangkalan di Abu Dhabi, turut optimis bahawa AI akan memainkan peranan lebih besar dalam mengoptimumkan penggunaan tenaga bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Menurutnya, teknologi AI berpotensi meningkatkan kecekapan operasi pusat data sekiranya disokong seni bina teknologi yang bersesuaian serta penggunaan sumber tenaga bersih.

“AI sememangnya menggunakan tenaga yang besar, tetapi saya percaya teknologi ini juga akan menjadi sebahagian daripada penyelesaian untuk mengoptimumkan keperluan tenaga pada masa hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini