Rafizi lega, banyak perancangan asal kekal

Rafizi lega, banyak perancangan asal kekal

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli lega apabila hampir keseluruhan kandungan da­lam dokumen Rancangan Ma­laysia Ke-13 (RMK13) yang dibentangkan semalam, kekal seperti yang dirangka semasa beliau menerajui Kementerian Ekonomi.

Beliau berkata, berdasarkan ringkasan eksekutif yang sempat dibaca setakat ini, kira-kira 95 peratus daripada peranca­ngan yang dirangka sejak November 2022 dimasukkan dalam RMK13, termasuk pelbagai reformasi besar dalam sistem pendidikan, struktur ekonomi dan agenda negara menua.

“Rekayasa ekonomi yang digerakkan sebelum ini seper­ti Rangka Tindakan Peralihan Tenaga Nasional (NETR), Kuala Lumpur 20 (KL20), Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ), ‘Made by Malaysia’, peralihan kepada ekonomi berasaskan kuasa penggunaan (consumption powerhouse), CCUS dan Zon Pelaburan Pelancongan Khas (STIZ) turut dima­sukkan dalam RMK13,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, beberapa inisiatif yang sebelum ini mendapat tentangan juga diteruskan, termasuk pelaksanaan Akta Anti Red Tape (ILTIZAM) dan pengharaman amalan ‘Ali Baba’.

Katanya, beliau akan memberikan ulasan lebih terperinci mengenai setiap bab dalam tempoh seminggu akan datang termasuk menerusi sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Isnin atau Selasa serta menerusi audio siar (podcast) bersama pakar ekonomi, Dr. Muhammad Khalid pada 8 Ogos ini.

Mohd. Rafizi merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Kementerian Ekonomi yang telah bertungkus-lumus menyiapkan dokumen RMK13 sepanjang tempoh 20 bulan lalu.

“Saya ucap terima kasih dan tahniah kepada semua warga Kementerian Ekonomi yang bertungkus-lumus menyediakan dokumen ini selama 20 bulan.

“Alhamdulillah, akhirnya ura-ura itu hanya reaksi politik sahaja, bermakna kepimpinan Kementerian Ekonomi berjaya mempertahankan supaya pe­rancangan jangka masa panjang negara jangan dicampur aduk dengan hiruk-pikuk politik,” katanya.

Beliau berkata, tumpuan selepas ini adalah memastikan pelaksanaan RMK13 berjalan lancar tanpa mengira siapa yang mentadbir negara.

“Doa saya, rakyat juga yang akan mendapat manfaat di masa akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×