Jangan buat spekulasi, serah pada mahkamah – Peguam Naim

Jangan buat spekulasi, serah pada mahkamah – Peguam Naim

MOHD. IRWAN Sumadi (kanan) bercakap kepada pemberita di pekarangan Mahkamah Sesyen Putrajaya semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Peguam yang mewakili penyanyi dan pelakon Naim Daniel meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung pertuduhan amang seksual yang dihadapi anak guamnya.

Sebaliknya, peguam bela, Mohd. Irwan Sumadi memohon agar orang awam menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah bagi membolehkan proses perundangan boleh dijalankan dengan adil.

Tambahnya, pihaknya percaya, sistem kehakiman di negara ini akan memberi ruang yang sewajarnya untuk pembelaan dan pendakwaan mengemukakan kes masing-masing.

“Kami menyeru kepada se­mua agar tidak membuat spe­kulasi. Biarkan kami pihak pembelaan, pendakwaan dan mahkamah menjalankan tugas masing-masing.

“Kepada penyokong-penyo­kong Naim Daniel, teruskan percaya bahawa keadilan pada akhirnya akan terlaksana,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di pekarangan Istana Kehakiman di sini semalam.

Selain Mohd. Irwan, Naim turut diwakili peguam bela, Ami­rul Ridzuan Hanif.

Terdahulu, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Na’im Daniel Baharin, 28, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di sini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, 19 Mei lalu.

Naim yang tiba di mahkamah pada pukul 8.34 pagi ditemani peguam-peguamnya dan juga ibunya disambut media yang telah berkumpul seawal pukul 8 pagi.

Kumpulan media menunggu hampir tiga jam sebelum Naim dan peguam-peguamnya muncul memberikan kenyataan kepada media pada pukul 11.10 pagi.

Terdahulu, Naim ditahan pada 3 Jun lalu selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun. Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas ketera­ngannya direkodkan.

Siasatan dilakukan susulan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa, mendakwa anak perempuannya menjadi mangsa gangguan seksual selepas me­ngenali selebriti itu di sebuah kafe tempat remaja berkenaan bekerja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×