Pemandu teksi protes di Paris, bantah turun harga tambang

Pemandu teksi protes di Paris, bantah turun harga tambang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Ratusan pemandu teksi bertempur dengan pihak polis dalam protes besar-besaran di Perancis, yang membantah keputusan kerajaan menurunkan tambang perkhidmatan membawa penumpang sakit.

Kemarahan pemandu memuncak apabila mereka membakar palet kayu dan tayar di Paris, manakala polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kumpulan yang cuba merempuh kawalan keselamatan.

Hampir 1,000 teksi dilaporkan menyekat laluan utama di Paris, menyebabkan kesesakan luar biasa di sekitar kawasan Saint-Germain dan jalan-jalan berdekatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Polis mengesahkan seramai 64 individu ditahan dalam insiden itu.

Sekitar 250 pemandu yang menyertai protes secara berjalan kaki cuba mara ke arah pejabat Perdana Menteri, namun berjaya dihalang oleh pihak berkuasa.

Pemandu teksi menyuarakan kebimbangan bahawa penurunan tambang untuk membawa pesakit yang mempunyai pengesahan perubatan akan menyebabkan pendapatan mereka merosot lebih 25 peratus.

Kerajaan Perancis sebelum ini mengumumkan langkah penjimatan dalam sektor kesihatan, termasuk perubahan pada sistem subsidi tambang teksi untuk pesakit yang dijangka berkuat kuasa bermula Oktober ini.

Sistem subsidi tersebut telah menelan belanja €3 bilion (RM17 bilion) pada tahun 2024 sahaja.

Tunjuk perasaan turut merebak ke beberapa bandar lain seperti Montpellier dan Amiens dengan pemandu melancarkan protes perlahan bagi menyatakan bantahan mereka. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN