Territory Stringers bakal jadi pencabar baharu TNB

Territory Stringers bakal jadi pencabar baharu TNB

Nor Saiful Zaini memberi arahan kepada pemain-pemain Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam sesi latihan, semalam menjelang Liga Hoki Malaysia 2025 yang akan membuka tirai bulan ini. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini mengakui cabaran mempertahankan kejuaraan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2025 semakin sukar dengan kehadiran kelab luar negara antaranya Territory Stingers dari Australia.

Beliau berkata, pasukan tersebut bukan sahaja memiliki pemain yang berkualiti tinggi, malah kekuatan fizikal, kelajuan, dan kemahiran teknikal mereka mampu memberikan saingan sengit kepada pasukan tempatan.

“Territory Stingers adalah pasukan yang mempunyai standard tinggi. Mereka memiliki kekuatan dari segi strategi permainan, teknik individu, dan pasukan yang lengkap.

Ini bakal mengganggu keputusan liga dan memberi cabaran besar kepada pasukan yang mahu merebut kejuaraan,” katanya.

Nur Saiful berkata, selain Territory Stingers, kehadiran kelab Liaoning dari China juga akan memberikan sedikit masalah kepada pasukan mereka untuk mengejar kejuaraan.

“Mereka datang dengan pasukan yang kuat. Bagi kami, ini peluang untuk menguji keupayaan pemain TNB, terutama untuk memastikan prestasi berada di tahap tertinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Saiful mengesahkan TNB akan mengekalkan barisan pemain sedia ada, selain membawa masuk dua pemain muda dan seorang bekas pemain kebangsaan untuk memperkukuh pasukan.

“Kami kehilangan dua pemain berpengalaman, termasuk Shahril Saabah yang telah bersara, namun pasukan tetap bersedia.

“Pemain-pemain nasional yang masih bersama kami diharap mampu mengadaptasi strategi yang dirancang,” kata­nya.

TNB juga akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan, termasuk menentang Maybank dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), sebagai persiapan terakhir sebelum liga bermula.

“Kami telah bekerja keras untuk memastikan pasukan berada pada tahap terbaik. Musim ini lebih mencabar, tetapi kami tetap optimis untuk mempertahankan kejuaraan,” katanya.

Liga Hoki Malaysia 2025 dijangka menjadi medan pertembungan epik dengan kehadiran pasukan luar negara yang membawa dimensi baharu kepada saingan domestik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×