PRK Mahkota medan uji semangat perpaduan

PRK Mahkota medan uji semangat perpaduan

Kos menguruskan pilihan raya kini semakin meningkat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEBERAPA hari lagi menuju hari penentuan Sabtu ini, suhu Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota lebih ‘panas’ berbanding seminggu lepas.

Walaupun ramai yang beranggapan suhu PRK DUN Mahkota tidak ‘sepanas’ seperti beberapa PRK sebelum ini, namun pelbagai program dan kempen yang dianjurkan parti-parti bertanding memeriahkan suasana.

Berdasarkan isu-isu yang dibangkitkan, nyata Perikatan Nasional (PN) tidak membawa perkara yang mampu ‘menyerang’ habis-habisan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor dan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Isu banjir dan kemudahan awam hanya dibangkitkan calon PN, Mohamad Haizan telah dapat ditangani dan ditangkis oleh pihak kerajaan.

Malah, laporan polis yang mempertikaikan program Jelajah Orang Mahkota (JOM) yang didakwa diperkudakan oleh kerajaan untk menarik sokongan dan undi turut ‘makan diri’ apabila calon PN juga mengunjungi program tersebut bagi berjumpa dengan orang ramai.

Justeru, dakwaan itu tidak memberi kesan yang besar terhadap sokongan kepada BN.

Walaupun PN dilihat kurang berupaya menggugat BN, namun ‘pergolakan’ yang tercetus antara beberapa pemimpin UMMO dan rakan dalam Kerajaan Perpaduan, khususnya DAP mampu memberi kesan sokongan terhadap calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah.

Tindakan sehingga melibatkan saman mencerminkan pergeseran itu bukan isu enteng, malah mampu menjejaskan sokongan kepada calon BN apatah lagi hanya tinggal beberapa hari menuju hari pengundian.

Malah, akibat rasa kurang senang, ada gesaan supaya pengundi Cina tidak keluar mengundi pada Sabtu ini.

Andai itu dilakukan, maka undi yang amat diharapkan, khususnya kepada calon BN boleh terjejas, sekali gus mampu menidakkan misi BN melonjakkan jumlah majoriti undi.

Sekiranya menang dengan majoriti kurang daripada yang diperoleh oleh Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah, iaitu 5,166 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022 itu tetap dianggap ‘kekalahan moral’ bagi BN-UMNO.

Malah, situasi itu memberi gambaran bahawa sokongan rakyat kepada BN-UMNO dan Kerajaan Perpaduan goyah.

Sekiranya tewas, BN yang sebelum ini dicanang bukan sahaja mampu mempertahankan kerusi tersebut, malah dengan majoriti lebih tinggi merupakan satu petanda BN dan Kerajaan Perpaduan dalam keadaan berbahaya.

Situasi yang berlaku turut membawa ‘hikmah’ terutamanya bagi menguji semangat setia kawan dan semangat perpaduan dalam Kerajaan Perpaduan.

Namun, apabila melibatkan sokongan dan undi terutamanya semasa pilihan raya, apakah sokongan dan undi tetap diberikan kepada calon dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

Mungkin ini masa yang sesuai bagi BN dan rakannya dalam Pakatan Harapan (PN) untuk ‘melupakan’ seketika pergeseran itu demi kemenangan rakan mereka dalam PRK DUN Mahkota.

Malah, isu yang timbul boleh dibincangkan bersama-sama secara baik.

Usah jadikan pergeseran itu menjadi bola tanggung bagi pihak lawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×