Verstappen persoal kalendar padat F1 

Verstappen persoal kalendar padat F1 

MAX Verstappen. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO: Juara dunia Formula 1 (F1) empat kali, Max Verstappen berharap jumlah perlumbaan dalam kalendar musim ini dikurangkan berikutan jadual yang semakin padat, terutama pada penghujung musim 2026.

Pelumba Red Bull itu berkata, kalendar F1 kini menyaksikan pertambahan jumlah perlumbaan berbanding ketika dia mula menyertai kejuaraan itu yang hanya mempunyai sekitar 17 atau 18 pusingan semusim.

“Jumlah itu terlalu banyak. Ketika saya mula menyertai F1 dahulu, jumlah perlumbaan mungkin hanya sekitar 17 atau 18 dalam semusim.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah tentu saya berharap jumlahnya kurang daripada 24, tetapi saya faham ada sebab tertentu di sebalik keputusan untuk mengadakan sebanyak 24 perlumbaan.

“Malangnya, kontrak saya tidak menetapkan kadar bayaran berbeza mengikut jumlah perlumbaan sama ada 17, 18 atau 24. Mungkin perkara itu boleh dipertimbangkan,” katanya.

GP Sao Paulo hujung minggu ini menjadi perlumbaan ketiga dalam tiga minggu berturut-turut selepas GP Amerika Syarikat dan GP Mexico yang berlangsung minggu lalu.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Fernando Alonso turut mengakui jumlah 24 perlumbaan mungkin sudah terlalu banyak untuk satu musim.

“Jumlah perlumbaan memang banyak dan hampir melampaui had dan kalendar yang disusun juga mungkin kurang efisien.

“Selepas berlumba di Brazil, kami perlu kembali ke Eropah sebelum berlepas ke Las Vegas dalam tempoh 10 hari. Jadual pada penghujung musim ini agak membebankan, tetapi itulah keadaannya dan saya tidak nampak penyelesaian buat masa ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini