BN tawar enam teras, 113 inisiatif

BN tawar enam teras, 113 inisiatif

AB. Rauf Yusoh melancarkan manifesto bersama BN dan PN untuk PRN Melaka Ke-16 di MITC, Ayer Keroh, Melaka, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sagu hati secara sekali bayar (one-off) kepada pasa­ngan yang baharu mendirikan rumah tangga dengan pendapatan isi rumah bawah RM3,500 merupakan antara tawaran manifesto bersama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) untuk rakyat negeri ini.

Manifesto yang digariskan di bawah konsep BN Sayang Rakyat dan Muafakat Melaka itu juga menawarkan bil air percuma bagi penggunaan di bawah 20 meter padu (m3) sebulan, bantuan tambang pengangkutan murid Kelas al-Quran dan Farhu Ain (KAFA) dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) one-off bermula 1 Januari 2027 bagi anak yang baharu dilahirkan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, ia dirangka dengan mengambil kira keperluan kira-kira 1.06 juta rakyat, merangkumi pelbagai lapisan masyarakat, daripada anak-anak dan golongan muda sehinggalah kepada warga emas tanpa meminggirkan mana-mana kaum dan agama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, enam teras utama digariskan dengan mengetengahkan 113 inisiatif kepada kira-kira 687,697 pengundi.

“Manifesto ini merangkumi perumahan, kos sara hidup, pendidikan, peluang pekerjaan, kebajikan rakyat, pertumbuhan ekonomi serta keperluan pembangunan negeri.

“Daripada keseluruhan 113 inisiatif tersebut, 20 komitmen utama diberikan penekanan khusus kerana mempunyai kaitan langsung dengan keperluan kehidupan seharian rakyat.

“Dan untuk memahami maksud komitmen ini, kita perlu melihatnya bukan sekadar sebagai angka atau senarai program tetapi melalui keperluan masyarakat pada setiap peringkat kehidupan,” katanya ketika melancarkan manifesto bersama BN dan PN untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini