Spageti frutti di mare

Spageti frutti di mare

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Frutti di Mare merupakan antara pasta makanan laut yang popular dalam masakan Itali.

Hidangan ini menggabungkan udang, sotong dan kupang yang dimasak bersama sos tomato.

Walaupun ringkas, ia tetap menyelerakan untuk disajikan ketika makan tengah hari mahupun malam. Selamat mencuba!

Memuatkan artikel berkaitan…

Kredit: Aidiyusman Mohamad Yushoff, Cef eksekutif diRestoran Gustoso, Parkroyal Penang Resort

Bahan-bahan:
• 160 gram spageti
• 3 ekor udang
• 3 biji kupang
• 40 gram sotong (dipotong cincin)
• 3 ulas bawang putih (dicincang)
• 20 gram bawang besar (dipotong dadu)
• 1 sudu besar minyak zaitun
• Serbuk cili (secukupnya)
• 80 gram tomato concassé (tomato dibuang kulit dan biji, dipotong dadu)
• 150 mililiter sos pasta tomato
• 10 gram mentega
• Daun parsley (secukupnya)
• Garam & lada hitam (secukupnya)
• Keju parmesan (pilihan)

Cara penyediaan:
• Rebus spageti dalam air garam hingga sedikit kenyal. Toskan dan ketepikan.
• Panaskan minyak zaitun, kemudian tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau dan kekuningan.
• Masukkan udang, sotong dan kupang, kemudian masak selama kira-kira 1 hingga 2 minit.
• Masukkan tomato concassé dan sos pasta tomato. Gaul sebati.
• Perasakan dengan serbuk cili, garam dan lada hitam secukupnya. Reneh selama 2 hingga 3 minit.
• Masukkan spageti ke dalam sos. Gaul rata hingga semua sebati.
• Tuang sedikit air rebusan pasta jika kuah terlalu pekat.
• Tambah mentega dan kacau hingga sos berkilat, licin dan berkrim.
• Hiaskan dengan daun parsley dan taburan keju parmesan.
• Sedia untuk dihidangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini