Raphinha lebur rekod sempurna Villa

Raphinha lebur rekod sempurna Villa

Raphinha. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Barcelona kembali garang di pentas Eropah apabila menamatkan rekod kemenangan sempurna Aston Villa dengan kemenangan bergaya 3-0 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Camp Nou, semalam.

Kemenangan itu hadir tepat pada masanya buat skuad kendalian Hansi Flick selepas mereka dimalukan juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG) dengan keputusan 4-2 dalam perlawanan terdahulu, sekali gus kembali mengukuhkan kedudukan lapan terbaik fasa liga.

Raphinha muncul watak utama kejayaan tuan rumah apabila meledak dua gol pada babak kedua, manakala Lamine Yamal terlebih dahulu membuka laluan menerusi jaringan seawal minit ketujuh untuk meletakkan Barcelona dalam landasan kemenangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Flick menyifatkan kemenangan tersebut sebagai petanda positif buat Barcelona, terutama selepas kekalahan kepada PSG, selain memuji keupayaan anak buahnya mengawal tekanan dan memanfaatkan peluang ketika berdepan lawan yang memberikan tentangan sengit.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan persembahan pasukan. Aston Villa memberikan tentangan yang kuat, terutama pada separuh masa pertama, tetapi pemain kami kekal tenang, berdisiplin dan berjaya memanfaatkan peluang yang hadir.

“Raphinha sekali lagi membuktikan kepentingannya kepada pasukan menerusi dua jaringan, manakala Lamine Yamal turut memainkan peranan besar dalam membantu kami mengawal permainan. 

“Namun, kemenangan ini bukan hasil usaha individu semata-mata, sebaliknya datang daripada kerja keras dan kerjasama seluruh pasukan,” katanya selepas perlawanan.

Barcelona perlu mengekalkan momentum ini kerana perjalanan dalam UCL masih panjang bagi memastikan mereka mampu menamatkan fasa liga dalam kelompok lapan terbaik untuk mara secara automatik ke pusingan seterusnya.- AGENSI

KAPSYEN

 

RAPHINHA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini