Haas pecat Ocon, Camara ambil peluang 

Haas pecat Ocon, Camara ambil peluang 

ESTEBAN Ocon. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pasukan Haas mengambil keputusan mengejut apabila menamatkan khidmat pelumba Perancis, Esteban Ocon, berkuat kuasa serta-merta, sekali gus membuka laluan kepada Rafael Camara untuk membuat penampilan sulung dalam Formula Satu (F1).

Keputusan itu diumumkan ketua pasukan Haas, Ayao Komatsu menerusi media sosial, semalam, selepas Ocon yang memiliki pengalaman 198 perlumbaan Grand Prix (GP) sepanjang 10 tahun kariernya digugurkan daripada senarai pelumba pasukan itu.

Ocon sebelum ini tidak diturunkan pada GP Mexico hujung minggu lalu apabila tempatnya diberikan kepada pelumba Jepun, Ryo Hirakawa, meskipun dia sempat menyertai kedua-dua sesi latihan bebas pada Jumaat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Komatsu berkata, keputusan berpisah dengan pelumba berusia 29 tahun itu bukan sesuatu yang dibuat secara terburu-buru, sebaliknya demi kepentingan pasukan untuk meneruskan cabaran dalam saingan musim ini.

“Keputusan seperti ini tidak pernah dibuat dengan mudah. Seperti yang berlaku di Mexico City, kami percaya langkah ini adalah demi kepentingan terbaik pasukan untuk masa depan.

“Perbincangan yang akhirnya membawa kepada keputusan antara pasukan dan Esteban kekal sebagai urusan dalaman,” katanya.

Sebelum ini, timbul laporan mendakwa berlaku pertengkaran fizikal antara Komatsu dan Ocon di Mexico susulan perselisihan mengenai pemilihan tayar, namun pelumba Perancis itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Haas mengesahkan pelumba Brazil, Camara akan bergandingan dengan Ollie Bearman pada GP Sao Paulo hujung minggu ini, sekali gus memberi peluang kepadanya melakukan penampilan sulung dalam F1 menerusi jentera VF-26.

Camara yang juga anggota akademi pelumba Ferrari sebelum ini sudah diumumkan sebagai pengganti Ocon bagi musim depan, namun kini berpeluang mempercepatkan kemunculannya di pentas elit permotoran dunia. – AGENSI

KAPSYEN

ESTEBAN OCON

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini