Sistem sokongan hayat Bumi tenat, lepasi paras bahaya

Sistem sokongan hayat Bumi tenat, lepasi paras bahaya

SOKONGAN hayat Bumi kini semakin tenat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Kumpulan pakar sains menerbitkan amaran terbaharu berhubung status kesihatan planet Bumi apabila tujuh daripada sembilan ‘sempadan planet’ yang menyokong hidupan dilaporkan kini berada pada tahap bahaya.

Menerusi laporan Planetary Health Check 2026 yang digubal oleh gabungan 60 saintis antarabangsa, sistem sokongan hayat planet ini berada pada tahap terburuk sejak pemantauan dimulakan hampir dua dekad lalu.

Dapatan kajian mengesahkan empat sempadan berada dalam zon merah atau berisiko tinggi, tiga dalam zon kuning atau risiko meningkat, manakala hanya dua sempadan kekal berada dalam zon hijau atau selamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Antara petanda utama yang direkodkan berada dalam zon merah termasuk perubahan iklim, pencemaran bahan baharu seperti plastik dan racun perosak, gangguan kitaran nutrien biogeokimia serta penurunan integriti biosfera.

Sementara itu, sempadan yang dikesan berada dalam zon kuning berisiko meningkat merangkumi penggunaan air tawar, perubahan sistem tanah serta proses pengasidan lautan.

Menurut laporan berkenaan, pencerobohan sempadan planet ini mencetuskan gelombang haba ekstrem, pemutihan karang terumbu tropika secara besar-besaran serta pencairan ais Antartika yang mengancam paras laut global.

Satu-satunya dua indikator yang kekal selamat dalam zon hijau ialah penipisan lapisan ozon stratosfera serta paras beban aerosol di atmosfera.

Editor utama laporan dari Institut Penyelidikan Impak Iklim Potsdam, Niklas Kitzmann memberitahu portal Live Science bahawa keadaan Bumi ketika ini ibarat pesakit yang memerlukan rawatan rapi (ICU) dengan kadar segera.

Beliau menambah bahawa peluang untuk memulihkan keadaan masih wujud sekiranya penurunan pelepasan karbon dan penghentian kerosakan alam sekitar dilaksanakan secara drastik dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Kitzmann turut menekankan bahawa julat masa untuk bertindak semakin mengecil dan usaha mempercepatkan pelaksanaan penyelesaian sedia ada perlu digandakan serta-merta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN