RUU Entiti Milik Kerajaan digubal, elak skandal berulang

RUU Entiti Milik Kerajaan digubal, elak skandal berulang

BELANJAWAN 2027
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Entiti Milik Kerajaan akan digubal bagi memperketat tatakelola syarikat kerajaan dan badan berkanun yang diamanahkan mengurus wang serta aset rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bagi mengekang kejadian seperti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kemelut Tabung Haji dan FELDA daripada berulang.

Menurut beliau, ia bagi memperkukuh tatakelola dan ketelusan pengurusan kewangan awam, semua kutipan bayaran balik pinjaman yang disalurkan secara langsung kepada badan berkanun Persekutuan hendaklah digunakan semula hanya bagi tujuan dan kumpulan sasaran yang diluluskan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketetapan ini turut meliputi hasil faedah yang dijana daripada dana tersebut,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, dasar sedia ada menetapkan kutipan bayaran balik pinjaman oleh badan berkanun Persekutuan yang menggunakan dana kerajaan Persekutuan tidak boleh digunakan untuk membiayai perbelanjaan mengurus badan berkanun, program atau aktiviti lain, mahupun perbelanjaan di luar kelulusan peruntukan asal. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini