ACLE: Port FC akui cabaran sukar sekat JDT - Utusan Malaysia

ACLE: Port FC akui cabaran sukar sekat JDT

KETUA Jurulatih Port FC, Bozidar Bandovic bersama pemain, Manuel Tom Bihr pada sidang media menjelang perlawanan ACLE di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Ketua Jurulatih Port FC, Bozidar Bandovic mengakui pasukannya berdepan tugas sukar menjelang aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Zon Timur Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, esok.

Menurut Bandovic, JDT merupakan pasukan yang teratur, baik dari aspek serangan, pertahanan serta transisi permainan selain dibarisi pemain import berkualiti dan individu yang berbahaya.

“Ia akan menjadi perlawanan sukar untuk kami. Kami menentang pasukan yang sangat bagus, teratur dalam serangan dan pertahanan. Bagaimanapun, kami akan beri segalanya esok. Ini adalah kali pertama kami sertai ACLE dan peluang ini akan digunakan untuk mengukur kekuatan kami.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun sasaran kami adalah dalam saingan domestik, pengalaman ACLE ini tetap berguna buat kami. Sudah tentu esok kami akan cuba bersaing dan cuba menang atau dapatkan mata,” katanya pada sidang akhbar pra-perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, di sini hari ini.

Salam pada itu, Bandovic memaklumkan skuadnya tempang berdepan Harimau Selatan setelah tulang belakang pasukan, Kaka Mendes dan Matheus Lins terlepas aksi getir itu setelah mengalami kecederaan.

“Kaka dalam keadaan baik ketika ini, saya harap kami akan dapatkan khidmatnya semula dalam tempoh tiga minggu lagi. Bagi Lins pula, dia perlu jalani pembedahan dan terpaksa melupakan aksi selama sebulan,” katanya.

Pengendali kelahiran Montenegro itu berkata, kekalahan kepada Vissel Kobe 1-2 dan Kashiwa Reysol 1-5 sebelum ini memberi pengajaran berguna untuk memperkemas barisan pemain bagi mengharungi aksi seterusnya.

Sementara itu, pemain pertahanan Port FC, Manuel Bihr mengingatkan rakan sepasukan untuk tidak leka dan beri komitmen penuh di atas padang sepanjang tempoh 90 minit permainan.

“Yang paling terkenal sudah tentu Bergson Da Silva. Dia juga sertai skuad kebangsaan Malaysia. Jika anda lihat kedudukan dalam Liga Malaysia, mereka menang setiap perlawanan dengan perbezaan gol yang sangat besar,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini