Syahmi cipta rekod kebangsaan baharu di Sukan Asia

Syahmi cipta rekod kebangsaan baharu di Sukan Asia

Mohamad Syahmi Nor Ghazali. - IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mohamad Syahmi Nor Ghazali terus menyerlah dalam kelas berat baharunya apabila mencipta rekod kebangsaan kategori bawah 95 kilogram (kg) lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya, sebentar tadi.

Syahmi mengangkat 153kg dalam acara snatch dan 200kg dalam clean and jerk untuk mengumpul keseluruhan 353kg pada final Kumpulan B di Pusat Perdagangan dan Industri Bandar Nagoya.

Catatan itu meletakkannya di depan wakil Oman, Murshid Al Ajmi yang mengumpul 315kg (135kg, 180kg), manakala atlet Hong Kong, Matthew Tung di tempat ketiga dengan 291kg (138kg, 158kg).

Memuatkan artikel berkaitan…

Kategori bawah 95kg itu baru diperkenalkan pada 1 Ogos lalu, sekali gus menjadikan catatan 353kg Syahmi sebagai rekod kebangsaan baharu bagi kelas berkenaan.

Pencapaian itu meneruskan momentum Syahmi yang sebelum ini beraksi dalam kategori bawah 94kg pada Sukan Komanwel Glasgow, Julai lalu, apabila dia mencipta rekod temasya 347kg (150kg, 197kg) dalam perjalanan meraih emas.

Sementara itu, Erry Hidayat mengumpul 312kg selepas mengangkat 140kg dalam snatch dan 172kg dalam clean and jerk untuk menduduki tempat kedua final Kumpulan B kategori bawah 85kg lelaki.

Erry yang masih bergelut dengan kecederaan belakang turut beralih ke kelas berat baharu selepas sebelum ini beraksi dalam kategori bawah 79kg ketika memenangi emas Sukan Komanwel pada Julai lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×