Soon Huat-Shevon, Tang Jie-Su Yin lepasi halangan awal di Aichi

Soon Huat-Shevon, Tang Jie-Su Yin lepasi halangan awal di Aichi

Goh Soon Huat-Shevon Lai. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai dan Chen Tang Jie-Cheng Su Yin mara ke pusingan kedua, selepas menundukkan lawan masing-masing di peringkat 32 terbaik pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Aichi, Jepun, hari ini.

Soon Huat-Shevon yang menghuni ranking No. 10 dunia melakar kemenangan straight set ke atas wakil Taiwan Yang Po-Hsuan-Hu Ling Fang 21-14, 21-11 di Gimnasium Perbandaran Bandar Ichinomiya.

Beregu No. 19 dunia, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto dari India menanti pasangan suami isteri itu di peringkat seterusnya dan tiada rekod pertemuan yang pernah tercatat melibatkan kedua-dua beregu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut mengikut jejak langkah Soon Huat-Shevon adalah satu lagi beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie-Cheng Su Yin yang mudah membenam gandingan kurang ternama dari Bangladesh, Jumar Al-Amin-Urmi Akter 21-14, 21-9.

Tang Jie-Su Yin bakal menghitung pertemuan dengan pasangan No. 25 dunia, Kim Jae Hyeon-Jang Ha Jeong dari Korea Selatan di peringkat 16 terbaik.

Memandangkan Tang Jie-Su Yin merupakan beregu pecah ganding yang dipasangkan khusus untuk Sukan Asia, maka, tiada rekod pertemuan membabitkan kedua-dua gandingan.

Sementara itu, dalam aksi perseorangan wanita, langkah pemain ke-28 dunia, K. Letshanaa yang melalukan penampilan sulung pada temasya empat tahun sekali itu disekat seawal pusingan pertama.

Perseorangan utama negara itu terpaksa akur kepada pemain No. 17 dunia, Chiu Pin Chian dari Taiwan 13-21, 13-21. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×