Gandingan Isak, Gakpo ancam Atletico

Gandingan Isak, Gakpo ancam Atletico

ALEXANDER Isak (kiri) dijangka menjadi ancaman besar buat Atletico Madrid pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi esok. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Atletico Madrid bakal menjadi ujian terbesar Liverpool dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi esok selepas The Reds melalui permulaan tidak menentu dalam saingan domestik.

Alexander Isak dan Cody Gakpo muncul antara pemain yang menikmati permulaan musim terbaik, sekali gus menjadikan gandingan mereka kunci penting buat Liverpool untuk menumbangkan skuad kendalian Diego Simeone.

Isak akhirnya menemui rentak sejak menyertai Liverpool dengan yuran perpindahan rekod Britain apabila meledak dua gol pantas ketika menentang Ipswich di Portman Road.

Selain ketajaman penyudah, pergerakan penyerang Sweden itu juga dilihat semakin tajam dan berbahaya di bawah kendalian Andoni Iraola.

Gakpo pula terus meningkatkan prestasinya dan dianggap antara pemain terbaik Liverpool setakat musim ini, termasuk menghasilkan dua bantuan jaringan buat Isak ketika berdepan Ipswich.

Iraola turut memberikan peranan berbeza kepada pemain sayap berusia 27 tahun itu berbanding ketika di bawah kendalian Slot, dengan Gakpo diberikan lebih kebebasan mencipta peluang tetapi kurang diberi tumpuan untuk mencari gol.

Gandingan Gakpo dan Isak sukar dikawal kerana kedua-duanya mampu beroperasi dari sebelah kiri mahupun di bahagian tengah, sekali gus membolehkan mereka bertukar posisi dan menarik pertahanan lawan keluar daripada kedudukan.

Keupayaan kedua-duanya mencipta ruang serta mengubah kedudukan boleh menjadi ancaman terbesar Liverpool terhadap pertahanan Atletico dalam usaha memulakan kempen Eropah dengan kemenangan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×