Jojo terus kempunan, tewas di Bangkok

Jojo terus kempunan, tewas di Bangkok

JOJO terpaksa akur dengan keputusan juri yang memihak kepada Ramadan menerusi keputusan split decision selepas mengharungi pertarungan Muay Thai tiga pusingan yang berlangsung sengit.-IHSAN ONE CHAMPIONSHIP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Impian petarung muda sensasi negara, Muhammad Johan Ghazali Zulkifli atau Jojo untuk kembali ke landasan kemenangan sekali lagi tidak kesampaian apabila tewas kepada Ramadan Ondash pada aksi ONE Championship di Stadium Lumpinee, malam tadi.

Petarung berusia 19 tahun itu terpaksa akur dengan keputusan juri yang memihak kepada Ramadan menerusi keputusan split decision selepas mengharungi pertarungan Muay Thai tiga pusingan yang berlangsung sengit.

Aksi menemukan dua prospek muda itu menyaksikan Ramadan tampil lebih meyakinkan apabila menguasai tempo pertarungan sejak awal dengan serangan agresif dan konsisten, sekali gus menyukarkan Jojo untuk mempamerkan rentak sebenar.

Jojo yang cuba mencari ruang melakukan serangan balas beberapa kali dipaksa bertahan malah turut terjatuh akibat tekanan berterusan serta kombinasi pukulan dan tendangan lawannya.

Dalam masa sama, Ramadan menerima kad kuning selepas pelindung giginya beberapa kali tercabut ketika pertarungan sedang berlangsung, namun insiden itu tidak menjejaskan tumpuannya untuk terus mengawal perlawanan.

Memasuki pusingan terakhir, Jojo meningkatkan intensiti serangan dan dilihat cuba mengganggu emosi Ramadan bagi mengubah momentum, namun lawannya kekal tenang serta berdisiplin sebelum berjaya mengekalkan kelebihan sehingga loceng penamat dibunyikan.

Keputusan itu menyaksikan Jojo kini mengalami dua kekalahan berturut-turut selepas sebelum ini turut tunduk kepada Shimon Yoshinari menerusi keputusan juri pada ONE Samurai 1 di Tokyo, April lalu, sekali gus memberi tamparan buat bintang muda negara yang sebelum ini mencuri perhatian menerusi aksi bertenaga di pentas ONE Championship.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN