Afiq tidak kejar glamor

Afiq tidak kejar glamor

AFIQ Fazail (tiga dari kanan) memegang trofi MVP Anugerah Liga Malaysia 25/2026 dan bergambar bersama rakan-rakan JDT yang turut memenangi anugerah.-IHSAN MFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Liga Malaysia (Liga M) 2025/26, Afiq Fazail lebih selesa untuk memacu kejayaan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) berbanding mengejar glamor.

Walaupun terpaksa menanti sehingga usia 32 tahun untuk menerima anugerah individu, Afiq menjelaskan tiada istilah terlambat kerana percaya setiap kerja keras akan membuahkan hasil.

“Saya lebihkan kepada pasukan dan rezeki seperti ini akan datang kemudian,” katanya ketika ditanya tentang penantiannya untuk mendapat pengiktirafan tertinggi bola sepak Malaysia.

Kejayaan ini juga menyaksikan nama Afiq kini berada sebaris dengan pemain tengah hebat lain seperti Badhri Radzi, Safiq Rahim dan Baddrol Bakhtiar yang sebelum ini pernah menerima Anugerah MVP.

Pengiktirafan kali ini juga membuktikan peranan pemain tengah tulen juga tetap mendapat pengiktirafan untuk menerima Anugerah MVP, bukannya terlalu berpaksikan kepada bintang di jentera serangan.

“Mungkin sekarang orang sudah mula buka mata dengan pemain tengah, tetapi yang penting atas padang kena bekerja keras. Tak tahu nak cakap macam mana, InsyaAllah kalau ada rezeki kita bersaing sihat,” katanya.

Afiq membuktikan konsistensinya di pentas kemahsyuran ini apabila turut sama diiktiraf sebagai Pemain Tengah Terbaik dengan menyingkirkan calon lain iaitu Danial Amier Norhisham (Kuching City FC) dan Noaa Laine (Selangor FC).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×