Impian Bonnie pertahan emas lebur

Impian Bonnie pertahan emas lebur

Pemenang pingat emas Birmingham 2022 itu menutup cabaran di tempat ketiga selepas mencatat angkatan terbaik 220 kilogram (kg), sekali gus mengumpul 153.5 mata keseluruhan. - IHSAN RTM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Misi jaguh powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin untuk mempertahankan gelaran Sukan Komanwel berakhir dengan kekecewaan apabila sekadar meraih pingat gangsa dalam acara lightweight lelaki di Glasgow 2026, hari ini.

Pemenang pingat emas Birmingham 2022 itu menutup cabaran di tempat ketiga selepas mencatat angkatan terbaik 220 kilogram (kg), sekali gus mengumpul 153.5 mata keseluruhan.

Pingat emas menjadi milik wakil England, Mark Swan yang melakukan angkatan 222kg dengan berat badan 71.5kg untuk mengutip 153.9 mata, manakala atlet Nigeria, Roland Ezuruike membawa pulang pingat perak selepas mengangkat 185kg pada berat badan 50.8kg bagi turut mengumpul 153.9 mata.

Meskipun perbezaan mata antara ketiga-tiga atlet amat tipis, kelebihan memihak kepada Swan yang diumumkan sebagai juara, sementara Bonnie terpaksa akur menamatkan pertandingan di tangga ketiga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN