MIAMI: Bintang tengah Colombia, James Rodriguez mengakui berpuas hati dengan persembahan pasukannya meskipun sedikit kecewa gagal memanfaatkan peluang terhidang.
Colombia memastikan tempat ke pusingan 32 terbaik Piala Dunia apabila seri tanpa jaringan 0-0 menentang Portugal dalam aksi Kumpulan K di Stadium Miami, sekaligus muncul juara Kumpulan K.
“Kami bermain dengan sangat baik menentang pasukan yang kuat. Apabila berdepan lawan yang membenarkan kami mengawal permainan, kami lebih selesa. Cuma kami tidak berjaya menjaringkan gol,” katanya.
Perlawanan rancak itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun ketumpulan penyudah menafikan sebarang gol, sekali gus menyaksikan Colombia muncul juara kumpulan dengan tujuh mata, manakala Portugal di tangga kedua dengan lima mata.
Colombia bakal berdepan Ghana di Kansas City pada Jumaat ini, sementara Portugal pula dijadualkan menentang Croatia di Toronto, pada Khamis.
Sementara itu, Portugal turut mengesahkan kemaraan sebagai naib juara kumpulan selepas aksi seimbang yang menghiburkan lebih 64,000 penonton di Miami.-AGENSI










