Ribut hentikan aksi Perancis-Iraq

Ribut hentikan aksi Perancis-Iraq

Hujan lebat membasahi Stadium Philadelphia ketika aksi Kumpulan I Piala Dunia 2026 antara Perancis dan Iraq dihentikan pada waktu rehat separuh masa susulan amaran ribut petir yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan hari ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHILADELPHIA: Aksi Kumpulan I Piala Dunia 2026 antara Perancis dan Iraq terpaksa ditangguhkan pada waktu rehat separuh masa akibat amaran cuaca buruk yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

Keputusan itu dibuat selepas ribut petir dikesan menghampiri kawasan Stadium Philadelphia sehingga memaksa FIFA mengaktifkan protokol keselamatan pertandingan.

Ketika perlawanan dihentikan, Perancis berada di hadapan 1-0 hasil jaringan bintang sensasi, Kylian Mbappe pada minit ke-14.

Hujan mula turun menjelang penghujung babak pertama sebelum pengumuman dibuat sebaik sahaja wisel rehat ditiup pengadil.

Penyokong yang memenuhi Stadium Lincoln Financial Field berkapasiti 68,324 tempat duduk diarahkan meninggalkan kawasan terbuka dan mendapatkan perlindungan di ruang berbumbung.

Situasi itu menyebabkan ribuan penyokong berhimpit di kawasan laluan stadium memandangkan sebahagian besar tempat duduk venue berkenaan tidak mempunyai bumbung.

Seorang pegawai FIFA memaklumkan perlawanan itu ditangguhkan sekurang-kurangnya 30 minit termasuk tempoh rehat rasmi separuh masa.

Insiden berkenaan menjadi gangguan cuaca pertama pada Piala Dunia 2026 selepas beberapa kejohanan besar yang berlangsung di Amerika Syarikat (AS) sebelum ini turut berdepan masalah sama akibat ribut petir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN