Mexico juara Kumpulan A, belasah Republik Czech

Mexico juara Kumpulan A, belasah Republik Czech

PEMAIN Mexico melambungkan penjaga gol mereka, Guillermo Ochoa susulan kejayaan mereka menewaskan Republik Czech 3-0 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Mexico mara ke pusingan kalah mati dengan penuh bergaya apabila menewaskan Republik Czech 3-0 sekali gus muncul juara Kumpulan A Piala Dunia 2026.

Kemenangan tersebut membolehkan Mexico menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan rekod sempurna sekali gus mara ke pusingan 32 yang akan berlangsung di Stadium Mexico City, 30 Jun ini.

Republik Czech pula terpaksa pulang awal selepas menamatkan saingan di kedudukan tercorot kumpulan.

PEMAIN tengah Mexico, Alvaro Fidalgo (kanan) meraikan kejayaannya menjaringkan gol ketiga pasukannya.- AFP

Mexico membuka jaringan menerusi Mateo Chavez pada minit ke-55 sebelum Julian Quinones menggandakan kedudukan enam minit kemudian hasil kesilapan benteng pertahanan lawan yang gagal mengeluarkan bola dengan baik.

Alvaro Fidalgo kemudian memastikan kemenangan bergaya skuad tuan rumah apabila menyempurnakan hantaran lintang pada minit ke-94 untuk gol ketiga perlawanan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN